Biografi Anders Behring Breivik

Breivik dilahirkan di London pada 13 Februari 1979. Bapanya Jens David Breivik , seorang profesional Norway dan bekerja sebagai [[diplomat] untuk Kedutaan Norway di London dan kemudian Paris. Ibunya Wenche Behring, seorang jururawat. Dia menghabiskan tahun pertama hidupnya di London. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia satu tahun. Bapanya, yang kemudiannya berkahwin dengan seorang diplomat dan cuba mendapatkan hak penjagaan tetapi gagal. Breivik tinggal bersama ibunya dan kakak di barat Oslo . Breivik kerap melawat bapa dan ibu tiri di Perancis, sehingga mereka bercerai ketika ia baru berusia 12. Ibunya juga berkahwin semula dengan pegawai tentera Norway.

Breivik bersekolah di Smestad Grammar School, Ris SMP, Hartvig Nissen High School dan Sekolah Oslo Commerce . Semasa remaja, tingkah lakunya lebih langsang. Dia dan geng menghabiskan waktu malam di sekitar Oslo, menyembur lukisan grafitti ke dinding bangunan. Selepas ditangkap menyembur grafitti pada dinding, ayah kandung tidak lagi berhubung dengannya.Rakanya mendapati dia seorang pelajar pintar .

Breivik menulis bahawa ibu bapanya menyokong dasar-dasar Parti Buruh Norway dan ibunya adalah seorang feminis yang sederhana . Bapa Breivik kini tinggal di Perancis sebagai pesara dan telah lama tiadak hungan sejak 1995.

Breivik dikecualikan dari kerahan Tentera Norway dan tiada latihan ketenteraan yang lain. Rakannya mengejek dia sebagai 'budak mumia' yang tidak akan meninggalkan rumah ehingga umur 30 tahun. Dia juga tiada teman wanita yang istimewa.

Rakan sekerja menyifatkan dia sebagai "rakan sekerja yang luar biasa". Dia sangat ego dan mudah jengkel dengan kehadiran pendatang dari Timur Tengah atau Asia Selatan.Pada 2002, dia pernah membeli dan menjual saham dan komoditi secara talian. Beliau juga pemilik dan pengarah syarikat menjual perisian. Syarikat itu kemudiannya telah diisytiharkan muflis dan Breivik dilaporkan kerana melanggar beberapa undang-undang. Dia merancang untuk membuat wang untuk mengembangkan ideologi .Antara 2002 dan 2005, beliau mempunyai kr 4.000.000 tetapi hilang separuh pada 2008.Olhe itu beliau pindah semula ke rumah ibunya.

Pada tahun 2009 ,Breivik melawat Prague dalam usaha untuk membeli senjata haram tetapi gagal Oleh itu Breivik memutuskan untuk mendapatkan senjata melalui saluran undang-undang.

Pada Jun 2011, Breivik berpindah ke kawasan luar bandar di Åmot , daerah Hedmark , kira-kirsa 140 km timur laut Oslo. Kononnya dia menjalankan ladang pertanian dengan nama "Breivik Geofarm ", (ditubuhkan Mei 2009) untuk mengaburi pembelian 6 tan baja tiruan dan bahan kimia.Akhbar Verdens Geng melaporkan Beivik membeli melalui internet dari kedai di Poland. Polis dan kastam tidak mendapati sebarang kecurigaan dalam pembelian itu.Manifesto Breivik mendedahkan bahawa eksperimen pertama dengan bahan letupan nitrat baja di lokasi terpencil pada 13 Jun 2011 - sangat berjaya.

Akhbar Geng Verdens melaporkan , Breivik tidak pernah melanggar arahan polis termasuk melanggaran lalu lintas. Dia mempunyai sepucuk pistol Glock, raifal dan senapang patah yang berdaftar dengan namanya.

Breivik menyatakan dirinya seorang ahli Freemason menerusi Facebook miliknya.Dia menyertakan gambar-gambar dirinya berpakaian Masonic di profil Facebook dan ahli St. Olaus TD Tre Søiler No . 8 di Oslo. Dia mempunyai hubungan minimum dengan Grand Master Freemason ,Ivar A. Skaar .

Sejak sekolah menengah , dia pernah menggunakan steroid anabolik . Beliau juga menekankan dirinya sebagai orang yang berjaya di West End Oslo. Profesor psikologi klinikal Norway , Svenn Torgersen, menanggap beliau mempunyai " gangguan keperibadian melampau narcissistic .Ini termasuklah perasaan keunikan dan berada di atas orang lain.

Rujukan

WikiPedia: Anders Behring Breivik http://www.bloomberg.com/news/2011-07-24/norway-ki... http://www.eurasiareview.com/nato-attack-on-serbia... http://www.jpost.com/International/Article.aspx?id... http://www.nytimes.com/2011/07/26/world/europe/26o... http://www.praguepost.com/news/9616-oslo-terrorist... http://rapsinews.com/judicial_news/20120824/264386... http://news.yahoo.com/lawyer-norway-suspect-wanted... http://www.aftenposten.no/nyheter/iriks/Her-er-hel... http://www.domstol.no/upload/OBYR/Internett/Nyhete... http://nrk.no/227/dag-for-dag/rettssaken---aktorat...